Identiti Penumpang Wanita Dalam Nahas Helikopter Dikenal Pasti

Identiti ‘misteri’ seorang penumpang wanita yang terkorban dalam nahas helikopter Dauphin AS365N2 di Kampung Pasir Baru Sungai Pening di sini, Sabtu lalu, disahkan sebagai kenalan juruterbang helikopter itu.


Identiti ‘misteri’ seorang penumpang wanita yang terkorban dalam nahas helikopter Dauphin AS365N2 di Kampung Pasir Baru Sungai Pening di sini, Sabtu lalu, disahkan sebagai kenalan juruterbang helikopter itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, hasil keterangan diperoleh pihaknya mempunyai asas mangsa wanita itu, Aidana Baizieva, 25, memang mengenali juruterbang helikopter, Kapten Clifford W illiam Fournier yang turut terkorban.

“Pihak kami berpuas hati berhubung siasatan identiti wanita itu walaupun hasil ujian DNA ke atas mayatnya masih belum dikenal pasti secara konklusif.

“Siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan bukti lebih jelas hubungannya dengan juruterbang itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pusat Gerakan Operasi di Jalan Sungai Lalang di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan polis terhadap wanita itu mendapati mangsa pernah belajar di negara ini antara tahun 2010 dan 2014.

“Wanita ini pernah melanjutkan pengajian di beberapa institusi pengajian tinggi swasta sebelum menamatkan pengajian dalam bidang diploma pelancongan di Kolej SEGi Oktober tahun lalu.

“Kami juga berjaya mengesan alamat kediamannya wanita warga Kyrgyzstan yang terletak di Pantai Dalam di sini,” katanya.

Menurut Abdul Samah, pihaknya turut memperoleh bukti dan keterangan daripada rakan mangsa yang menunjukkan wanita itu kenalan kepada Clifford.



“Selain itu, polis turut mempunyai bukti juruterbang terbabit mempunyai akses ke pangsapuri wanita itu.

“Kita sudah memeriksa rumah mangsa dan mengambil beberapa spesimen untuk tujuan perbandingan DNA,” katanya.

Abdul Samah berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah mangsa turut menemui tiket penerbangan tertera butiran mangsa dengan juruterbang terbabit yang pernah pergi ke acara LIMA di Langkawi pada 21 Mac lalu.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mendapatkan bukti lebih jelas hubungan wanita itu dengan juruterbang terbabit.

“Bagaimanapun, hasil keterangan diperoleh polis setakat ini mempunyai asas mangsa memang mengenali rapat juruterbang itu,” katanya, dipetik dari Harian Metro.
Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Identiti Penumpang Wanita Dalam Nahas Helikopter Dikenal Pasti
Identiti Penumpang Wanita Dalam Nahas Helikopter Dikenal Pasti
Identiti ‘misteri’ seorang penumpang wanita yang terkorban dalam nahas helikopter Dauphin AS365N2 di Kampung Pasir Baru Sungai Pening di sini, Sabtu lalu, disahkan sebagai kenalan juruterbang helikopter itu.
http://4.bp.blogspot.com/-27UV5PZw8Ug/VSTCKhiBUoI/AAAAAAAABqw/PM2sGYukrSk/s1600/nahas%2Bhelkopter.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-27UV5PZw8Ug/VSTCKhiBUoI/AAAAAAAABqw/PM2sGYukrSk/s72-c/nahas%2Bhelkopter.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/identiti-penumpang-wanita-dalam-nahas.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/identiti-penumpang-wanita-dalam-nahas.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy