Genap 103 Tahun Karam, 10 Fakta Tentang Titanic Yang Mungkin Dunia Tidak Tahu

Sebagai memperingati ulang tahun ke-103 tragedi ini, mari kita lihat 10 fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Titanic dan malapetaka dahsyat ini.


Tanggal 14 April merupakan salah satu tarikh yang akan kekal dalam lipatan sejarah dunia. Pada tarikh ini pada tahun 1912, pada jam 11.40 malam, kapal RMS Titanic melanggar ketulan ais besar di Lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira 2 jam selepas itu.

Kejadian menyayat hati ini mengorbankan 1,517 penumpang dan anak kapal.

Sebagai memperingati ulang tahun ke-103 tragedi ini, mari kita lihat 10 fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Titanic dan malapetaka dahsyat ini.

1. Latihan keselamatan bersama bot keselamatan dibatalkan

Semua orang tahu bahawa Titanic tidak membawa bot keselamatan yang mencukupi, tetapi ramai yang tidak tahu pada pagi hari kejadian, penumpang dan kru Titanic sepatutnya mengadakan latihan kecemasan bersama bot keselamatan. Ia bagaimanapun dibatalkan dan ramai percaya jika latihan itu dilakukan, ia boleh menyelamatkan lebih ramai nyawa.

2. Hanya 37 saat

Ketika pengawal peninjau memberikan amaran tentang ketulan ais tersebut, pegawai bertugas hanya mempunyai 37 saat untuk melakukan sesuatu. Pembantu kapten, William McMaster Murdoch, mengeluarkan arahan agar kapal dihalakan ke kiri serta merta, namun ia tetap gagal mengelakkan kapal itu daripada melanggar ketulan ais tersebut.

3. Akhbar Titanic

Titanic memiliki akhbarnya sendiri, Atlantic Daily Bulletin yang diterbitkan di atas kapal berkenaan. Ia melaporkan pelbagai berita; perniagaan, politik dan hiburan, malah turut menyenaraikan menu harian yang disediakan di atas kapal.

4. Bot keselamatan tidak penuh

Bukan sahaja tidak memiliki bot keselamatan yang mencukupi, tetapi hampir kesemua bot yang dilepaskan untuk menyelamatkan mangsa tidak diisi sepenuhnya. Bot pertama yang dilepaskan hanya membawa 12 orang walaupun mempunyai kapasiti seramai 40 orang, manakala bot-bot lain ada yang hanya membawa 20 hingga 30 mangsa, walaupun mampu diisi hingga 65 orang.

5. Dua tab mandi

Kebanyakan penumpang Titanic perlu berkongsi bilik air (kecuali penumpang kelas pertama yang mempunyai kemudahan bilik air peribadi). Penumpang kelas ketiga disifatkan paling 'malang' apabila terpaksa berkongsi tab mandi. Bayangkan, 700 orang berkongsi dua tab mandi!


6. Kapal paling dekat tidak beri respon

Ketika isyarat kecemasan dilepaskan Titanic, kapal yang berada dalam jarak paling dekat dengannya ialah The Californian. Namun tiada respon dari kapal berkenaan. Krew kapal The Californian dikatakan mengejutkan kapten mereka selepas melihat isyarat kecemasan itu, namun tiada arahan daripadanya untuk bertindak. Jika The Californian bertindak, mungkin lebih ramai mangsa boleh diselamatkan.

7. Dua anjing diselamatkan

Agak mengejutkan kerana ketika orang ramai dimaklumkan bahawa bot keselamatan tidak mencukupi dan keutamaan diberi kepada wanita dan kanak-kanak, dua ekor anjing rupa-rupanya 'terlepas' dan berjaya menaiki bot keselamatan dan diselamatkan.

8. Serombong hiasan keempat

Imej Titanic yang biasa kita lihat menerusi foto adalah sebuah kapal besar dengan empat serombong asap. Tetapi daripada empat serombong itu, hanya tiga yang berfungsi. Serombong keempat hanyalah hiasan semata-mata kerana pereka Titanic berpendapat kapal tersebut akan nampak lebih 'megah' dengan empat serombong asap.

9. Kapal penghantar surat

Singkatan RMS pada pangkal nama Titanic menggambarkan ia bukan sekadar sebuah kapal persiaran, tetapi juga berkhidmat sebagai penghantar surat. Terdapat 5 buah peti surat disediakan di atas kapal itu, dengan lima pegawai pos bertanggungjawab menyelenggara kira-kira 3,423 surat. Menariknya, tiada satu pun surat-surat ini berjaya ditemui selepas Titanic karam. Jika ada yang berjaya ditemui, ia akan tetap dihantar perkhidmatan pos Amerika Syarikat kerana kebanyakan surat itu dialamatkan ke Amerika Syarikat.

10. Pengurusan mayat

Kapal CS Mackay-Bennett menghabiskan masa lima hari untuk mencari sebanyak mungkin mayat mangsa Titanic. Kapal tersebut dibekalkan dengan 40 bahan pengawet, ais dan 100 buah keranda. Anak kapal CS Mackay-Bennett berjaya membawa naik 328 mayat, namun 119 daripadanya berada dalam keadaan yang terlalu teruk dan terpaksa dibiarkan 'tertanam' di dasar lautan. sumber-Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Genap 103 Tahun Karam, 10 Fakta Tentang Titanic Yang Mungkin Dunia Tidak Tahu
Genap 103 Tahun Karam, 10 Fakta Tentang Titanic Yang Mungkin Dunia Tidak Tahu
Sebagai memperingati ulang tahun ke-103 tragedi ini, mari kita lihat 10 fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Titanic dan malapetaka dahsyat ini.
http://2.bp.blogspot.com/-H2EAtO26efA/VSzKcpvjZfI/AAAAAAAAByA/QY88L-RHiHw/s1600/real-titanic.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-H2EAtO26efA/VSzKcpvjZfI/AAAAAAAAByA/QY88L-RHiHw/s72-c/real-titanic.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/genap-103-tahun-karam-10-fakta-tentang.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/genap-103-tahun-karam-10-fakta-tentang.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy