Didakwa Edar Dadah, Benjy dan Rakan Bedepan Hukuman Gantung

Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.

Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37 atau lebih dikenali sebagai Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.

Benjy dan Raja Shariff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.32 kilogram.

Dalam kejadian bulan lepas, mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar jam 1.40 pagi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Kedua-duanya yang memakai pakaian lokap polis kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.


Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.

Terdahulu, peguambela memohon mahkamah untuk mendapatkan kertas pertuduhan terhadap anak guam mereka dan mahu laporan kimia mengenai kes terbabit dipercepatkan.

Muhammad Shukri tidak mempunyai halangan untuk memenuhi permintaan pihak pembelaan tetapi memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan kimia memerlukan tempoh untuk disiapkan.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes, lapor Astro Awani.
Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Didakwa Edar Dadah, Benjy dan Rakan Bedepan Hukuman Gantung
Didakwa Edar Dadah, Benjy dan Rakan Bedepan Hukuman Gantung
Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.
http://4.bp.blogspot.com/-xYCKdyVzNwM/VSTpZbSxvoI/AAAAAAAABrg/8wGJ6zdAKmE/s1600/benjy%2Bdidakwa.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-xYCKdyVzNwM/VSTpZbSxvoI/AAAAAAAABrg/8wGJ6zdAKmE/s72-c/benjy%2Bdidakwa.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/didakwa-edar-dadah-benjy-dan-rakan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/didakwa-edar-dadah-benjy-dan-rakan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy