88,600 Premis Perniagaan Diperiksa

Sebanyak 88,600 pemeriksaan dibuat ke atas premis perniagaan dan peruncit seluruh negara sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April hingga semalam.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88,600 pemeriksaan dibuat ke atas premis perniagaan dan peruncit seluruh negara sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April hingga semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu sebanyak 218 tindakan kes dihasilkan.

"Kita telah melakukan 152 pemeriksaan bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) melalui tindakan penguatkuasaan 'Ops Pematuhan GST Catut'.

"Dalam tempoh berkenaan juga sebanyak 535 pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga untuk mendapatkan penjelasan dan justifikasi punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan tidak munasabah di pasaran," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin yang ingin tahu mengenai operasi penguatkuasaan yang telah dilaksanakan sepanjang 2014 dan pencapaiannya serta keberkesanan Operasi Antipencatutan (Ops Catut) Fasa Kedua.

Hasan berkata, jika pihak peniaga berkenaan gagal memberikan sebab dan didapati bersalah melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak kementerian akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan mereka, mengenakan penalti atau mendakwa mereka di Mahkamah Seksyen Khas yang mengendalikan kes berkaitan GST.

Katanya, Ops Catut Fasa Kedua yang bermula pada 1 April lalu bertujuan memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan mematuhi kehendak pelaksanaan GST.

Dalam sidang media di lobi Parlimen kemudiannya, Anggota Parlimen Kuala Pilah itu menjelaskan, untuk tempoh sepanjang pelaksanaan GST iaitu 1 April hingga semalam, sejumlah RM32,500 kompaun telah dikeluarkan dan sebanyak RM48,688.50 nilai rampasan dicatat.

"Sepanjang Ops Catut Fasa Kedua ini, sebanyak 218 kes dikesan dengan 103 kes melibatkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, 107 kes Akta Timbang dan Sukat 1972, lima kes Akta Perihal Dagangan 2011 dan tiga kes Akta Perlindungan Pengguna 1999," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 88,600 Premis Perniagaan Diperiksa
88,600 Premis Perniagaan Diperiksa
Sebanyak 88,600 pemeriksaan dibuat ke atas premis perniagaan dan peruncit seluruh negara sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April hingga semalam.
http://3.bp.blogspot.com/--sRw-PTpaps/VSy7PVJ9-1I/AAAAAAAABw0/iotE0x5gMBM/s1600/ops%2Bcatut%2Bgst.jpg
http://3.bp.blogspot.com/--sRw-PTpaps/VSy7PVJ9-1I/AAAAAAAABw0/iotE0x5gMBM/s72-c/ops%2Bcatut%2Bgst.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/88600-premis-perniagaan-diperiksa.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/88600-premis-perniagaan-diperiksa.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy