67 Pelajar Malaysia Terperangkap Dalam Masjid di Yaman

Seramai 67 pelajar Malaysia didakwa terperangkap dalam Masjid Al-Idrus, Aden di Yaman sejak dua minggu lalu ketika menunggu proses evakuasi.

Seramai 67 pelajar Malaysia didakwa terperangkap dalam Masjid Al-Idrus, Aden di Yaman sejak dua minggu lalu ketika menunggu proses evakuasi.

Seorang pelajar yang enggan dikenali mendakwa, tiada wakil dari kedutaan yang hadir atau berada bersama mereka ketika ini untuk menghulurkan bantuan.

Sungguhpun begitu, usaha mereka untuk keluar dari kawasan bergolak tidak berhasil kerana tiada jalan udara atau darat yang selamat untuk dilalui.

“(Lapangan terbang) Aden sudah dibom manakala keadaan jalan darat amat bahaya dengan sekatan tentera kerajaan dan kumpulan Houthi.

“Pilihan yang ada melalui laut tetapi agak sukar kerana perlu melintasi sekatan tentera yang agak ketat,” katanya kepada Sinar Harian melalui e-mel dan aplikasi WhatsApp di sini, semalam.



Beliau berkata, pihak kedutaan meminta semua pelajar terbabit pergi ke Houdeidah tetapi difahamkan perjalanan ke sana juga sangat bahaya dan perlu menempuhi empat kubu atau sekatan tentera yang berlainan iaitu kumpulan al-Qaeda (puak penentang), kumpulan Houthi (penentang kerajaan), Abdullah Soleh (tentera kerajaan lama) dan Abduh Rabbuh (tentera kerajaan sekarang).

“Kami tidak menerima sebarang jaminan keselamatan dan terpaksa berlindung dalam masjid. Keadaan di Aden amat sukar, bekalan elektrik dan air kerap terputus.

“Kami terpaksa buka kembali telaga yang ditutup sejak 20 tahun untuk mendapat air bersih. Bekalan makanan pun semakin berkurangan. Sekarang masih berlaku tembak-menembak,” katanya, lapor Sinar Harian.
Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 67 Pelajar Malaysia Terperangkap Dalam Masjid di Yaman
67 Pelajar Malaysia Terperangkap Dalam Masjid di Yaman
Seramai 67 pelajar Malaysia didakwa terperangkap dalam Masjid Al-Idrus, Aden di Yaman sejak dua minggu lalu ketika menunggu proses evakuasi.
http://1.bp.blogspot.com/-1DIZwK_XnrE/VSXe8HeNoLI/AAAAAAAABsI/vcpdxWy9-Qo/s1600/pelajar%2Bmalaysia%2Bdi%2Byaman.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-1DIZwK_XnrE/VSXe8HeNoLI/AAAAAAAABsI/vcpdxWy9-Qo/s72-c/pelajar%2Bmalaysia%2Bdi%2Byaman.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/04/67-pelajar-malaysia-terperangkap-dalam.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/04/67-pelajar-malaysia-terperangkap-dalam.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy